




Pengenalan
Gerakan feminisme adalah satu gerakan yang mendesak agar diwujudkan satu persamaan hak antara wanita dan lelaki atau dalam erti kata lain sebagai satu gerakan kesamarataan gender yang berasal dari sudut pandangan masyarakat di barat. Menurut ‘The New Encyclopedia of Britannica’ menyatakan bahawa, “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. (Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan wanita).
Munculnya gerakan feminisme dalam masyarakat barat adalah kerana sikap memandang rendah terhadap kedudukan kaum wanita dan kekecewaan masyarakat barat terhadap pemikiran masyarakat konservatif termasuk golongan gereja yang banyak menyeleweng kuasa semasa era kegelapan (sebelum abad ke-18) di Eropah. Pakar sejarah barat, Philip J. Adler dalam bukunya ‘World Civilization’ menggambarkan pada abad ke-17, masyarakat Eropah masih memandang kaum wanita sebagai jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan untuk menggoda manusia dan meyakini bahawa sejak awal penciptaannya, wanita merupakan ciptaan yang tidak sempurna. Wanita-wanita yang mempunyai kemahiran tertentu dalam bidang perubatan khususnya ditangkap dan diseksa kerana dianggap sebagai ahli sihir. Oleh sebab itu, wanita diistilahkan sebagai ‘female’ yang berasal daripada perkataan Greek. Istilah 'female' ini menunjukkan gabungan perkataan ‘femina’ yang bermaksud ‘fe’ dan ‘minus’. ‘Fe’ bermakna ‘fides’, atau ‘faith’ yang bererti kepercayaan atau iman. Manakala, ’mina’ berasal daripada kata ‘minus’ bermaksud ‘kurang’. Oleh yang demikian, ‘femina’ bermaksud seseorang yang mempunyai iman yang kurang.
Gerakan pra-feminisme telah muncul pada abad ke-18 di Amerika Syarikat dan England. Mary Wollstonecraft dalam penulisannya mengenai ‘Vindication of the Right of Woman 1792' menjelaskan gerakan pra-feminisme ini dimulakan oleh Abigail Adams iaitu isteri kepada Perdana Menteri Amerika Syarikat ketika itu, John Adams. Munculnya gerakan ini disebabkan kekecewaan masyarakat barat ke atas intipati kitab suci mereka yang telah dimanipulasi oleh golongan gereja semasa awal abad ke-18 di Eropah untuk kepentingan golongan gereja yang pada ketika itu hanya memandang lelaki sebagai penyumbang utama kepada ekonomi. Misalnya kenyataan Paderi St. John Chrysostom (345-407) bahawa, “wanita adalah syaitan yang tidak dapat dihindari, suatu kejahatan dan bencana abadi dan menaik, sebuah risiko rumah tangga”. (Abul A’la Maududi, 1995). Manakala menurut Thomas Aquinas dalam penulisannya ‘Summa Theologia’ bersetuju dengan pendapat Aristotle yang menyatakan bahawa “wanita adalah lelaki yang cacat atau memiliki kekurangan” dan Imanuel Kant pula menyatakan bahawa “wanita mempunyai perasaan yang kuat tentang kecantikan, keanggunan dan sebagainya tetapi kurang dalam bidang kognitif dan tidak dapat memutuskan tindakan moral”. (Gadis Ariva, 2002).
SUMBER DAN BACAAN LANJUT
Kronologi
Apabila disingkap kembali sejarah silam, istilah feminisme ini digunakan di Perancis buat pertama kalinya oleh Hubertine Auclert sekitar tahun 1880. Namun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa istilah feminisme ini lahir di barat ketika zaman pencerahan di Eropah oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis den Condorcet yang pada ketika itu berjuang untuk mengembalikan hak pendidikan bagi kaum wanita. Persatuan ilmiah wanita pertama telah dibentuk di Middleburg, iaitu di selatan Belanda pada tahun 1785. Istilah feminisme ini buat pertama kalinya diketengahkan oleh seorang aktivis Sosialis Utopis iaitu Charles Fourier pada tahun 1837 dan pergerakan ini mula merebak ke Amerika dan tersebar luas di seluruh pelusuk dunia semenjak penubuhan The Subjection of Women (1869).
Pada awalnya, feminisme berlaku pada era kegelapan atau zaman pertengahan di Eropah apabila institusi gereja berperanan sebagai pusat pentadbiran dan mempunyai kuasa politik menyebabkan kaum wanita dipandang rendah. Revolusi Perancis pada tahun 1789 meledak atas dasar tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan gereja yang sering kali melakukan penindasan. Pada tahun 1789, Revolusi Perancis menjadi salah satu revolusi utama yang menonjolkan peranan wanita dalam menyuarakan hak mereka secara lantang. Contohnya golongan wanita ini berdemonstrasi di pasar-pasar untuk menuntut Raja Louis XVI untuk mengawal harga barangan dan menyediakan sumber bekalan roti di setiap rumah kerana golonga lelaki terbeban dengan keadaan itu dan mula menganggap wanita sebagai tidak berdaya menyumbang kepada ekonomi rumah tangga.
Pada tahun 1789, ‘Declaration of the Right of Man and Citizen' telah diisytiharkan dengan objektif untuk mendapatkan hak kebebasan, hak memiliki harta, hak untuk sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang penindasan. Manakala pada tahun 1791, ‘Declaration Of The Right Of Women And The Female Citizen' telah mengisytiharkan bahawa bukan sahaja wanita mempunyai taraf yang sama dengan lelaki tetapi juga merupakan penyumbang dan sokongan utama dalam semua aspek kehidupan. Pada tahun 1848, muncul beberapa orang tokoh wanita antaranya adalah Lucretia Mont dan Elizabeth Cady Stanton yang merupakan tokoh yang memperjuangkan kebebasan wanita di Amerika. Mereka ini antara pelopor yang telah mengetuai Konvensyen Hak-hak Wanita di Seneca Falls, Amerika Syarikat. Konvensyen ini melahirkan deklarasi yang menuntut reformasi hukum dalam perkahwinan, perceraian, pewarisan harta dan anak. Elizabeth Cady Stanton menerbitkan buku yang bertajuk 'The Women Bible' pada tahun 1895 yang mana dalam penyelidikannya mengkritik himpunan tentang sejarah dan cerita yang ditulis oleh kaum lelaki berkenaan wanita sehinggakan kaum wanita dianggap tidak layak untuk menyentuh bible. Beliau mengatakan bahawa, “I do not believe that any man ever saw or talked with God, I do not believe that God inspired the Mosaic code, or told the historians what they say he did about woman, for all the religions on the face of the earth degrade her, and so long as woman accepts the position that they assign her, her emancipation is impossible”
Apabila ditelusuri sejarah dunia, kita mendapati bahawa kaum wanita sering dipinggirkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat juga golongan lelaki yang beranggapan bahawa hujah-hujah pincang tersebut sekadar tindakan untuk menggembar-gemburkan kelemahan lelaki dan meraih sokongan golongan liberal. Perkara ini berlaku apabila gerakan feminisme mula tercetus dengan hebatnya apabila tercetusnya Revolusi Perancis pada abad ke-18. Kesannya merebak sehingga ke Amerika Syarikat dan seluruh pelusuk dunia. Bertitik tolak dari situlah, gerakan untuk meningkatkan darjat kaum wanita ini mula berkembang. Namun, kekuatannya masih belum kukuh sehinggalah berlakunya revolusi sosial dan politik di Amerika Syarikat. Mary Wollstonecraft dalam penulisannya ‘Vindication of the Right of Women' telah berhasil menerapkan prinsip-prinsip feminisme dan sekaligus membantu kaum wanita untuk menikmati hak dan keistimewaan yang selama ini hanya dinikmati oleh kaum lelaki terutamanya dari aspek pendidikan dan politik.
Seterusnya, apabila berakhirnya Perang Dunia Kedua munculnya negara-negara baru yang bebas dari cengkaman kuasa kolonial Eropah. Maka bermulalah gelombang kedua gerakn feminisme. Gelombang ‘berkuasa’ ini dipelopori oleh para feminisme Perancis seperti Helena Cixous (Yahudi Algeria) dan Julia Kristeva (Bulgaria) yang menetap di Perancis dan perkara ini juga seiring dengan kelahiran Dekonstruksionis Derrida. Didapati bahawa gelombang kedua gerakan feminisme ini dipengaruhi oleh penentangan terhadap nilai-nilai maskulin yang menjadikan kaum lelaki lebih dominan berbanding kaum wanita. Apa yang dapat disimpulkan, feminisme pada gelombang kedua lebih banyak berkisarkan tentang peningkatan darjat kaum wanita dalam dunia ketiga (wanita berkulit hitam). Kaum wanita dalam dunia pertama menginginkan status kesamarataan dalam pelbagai perkara dan setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara yang dijajah telah dipimpin oleh golongan elit nasionalis lelaki. Ketika gelombang kedua feminisme sedang memuncak, kaum wanita dalam dunia ketiga tidak begitu menonjol dalam memperjuangkan martabat wanita sehinggakan kelompok wanita dalam dunia pertama ingin memisahkan golongan wanita dunia ketiga ini daripada disamakan dengan mereka.
Pengkelasan dalam Gerakan Feminisme
Dalam konteks ini, feminisme menganalisis disiplin yang rasional dengan mencadangkan perkara-perkara yang subjektif, (Domosh, M., 1991). Feminisme mengutamakan kajian mengenai hubungan jantina dalam usaha untuk memahami sifat dan perbezaan jantina, pengeluaran dan ketidaksamaan jantina. Feminisme adalah satu gerakan politik yang mengubah sejarah antara ketidakseimbangan kuasa antara kaum lelaki dan wanita. Feminisme dapat dibahagikan kepada beberapa pecahan atau aliran. Antaranya adalah aliran Feminisme Radikal, Feminisme Marxis, Feminisme Sosialis dan Feminisme Liberal.
Feminisme Radikal
Aliran Feminisme Radikal adalah satu bentuk gerakan yang melibatkan ruang politik. Gerakan ini digerakkan atas prinsip bahawa setiap hubungan antara manusia atau sesuatu kelompok itu mempunyai fungsinya yang tertentu. Gerakan ini muncul pada akhir 1960-an sehingga bertambah kukuh pada tahun 1970-an. Aliran ini menganggap penindasan serta ketidakadilan terhadap wanita adalah satu konsep yang universal dan mendahului segala bentuk penindasan. Selain itu, aliran ini melihat bahawa kelas sosial itu terdiri daripada majikan, wanita yang ditindas dan kaum lelaki yang berkuasa. Kesemua kelas sosial tersebut mempunyai perkaitannya yang nyata antara satu sama lain. Antara tokoh yang terlibat dalam aliran Feminisme Radikal ini adalah Kate Millet dan Firestone yang mewujudkan teori-teori serta membawa kepada perkembangan yang kukuh dan radikal di Amerika Syarikat terutamanya pada atahun 1970-an. Aliran ini memperlihatkan bahawa walaupun kaum wanita itu sudah mendapat status kewarganegaraan tetapi wanita tetap dipandang sebagai simbol seks bagi kaum lelaki.
Feminisme menghendaki perubahan dalam masyarakat secara kolektif melalui gerakan penyelesaian dari akar umbi permasalahan. Dengan melihat permasalah secara menyeluruh dan kolektif, aliran ini berandaian bahawa pergerakan tersebut mampu menghapuskan nilai seksualiti terhadap kaum wanita. Semasa perkembangannya, aliran ini dianggap sebagai pergerakan yang paling ekstream sehinggakan penyelesaiannya dari akar umbi permasalahan mampu mencetuskan sifat anti-lelaki atau tidak memandang kaum lelaki itu sebagaimana yang selayaknya.
Feminisme Marxis
Aliran Feminisme Marxis lebih ditelusuri melalui aspek ekonomi dalam hubungannya dengan organisasi sosial. Asas kepada permasalahan seksualiti ini diletakkan atau dibandingkan dalam peringkat sosial. Dimana aliran ini melihat penindasan yang terlaksana itu adalah disebabkan amalan ekonomi atau lebih dikenali dalam konteks yang nyata pada era ekonomi pasaran bebas adalah melalui sistem kapitalisme. Kaum wanita dilihat ditidas melalui struktur ekonomi dan aliran ini bertujuan untuk menghapuskan jurang sosial yang ketara dalam ruang ekonomi dan menghapuskan ketidaksamaan kelas dan sosial. (Ollenburger, 1996).
Dalam era perkembangan industri, kaum wanita dilihat berada pada tanggungan kerja yang amat membebankan. Bagi pengamal aliran ini berpendapat bahawa perubahan status wanita itu akan terjadi melalui revolusi sosialis dan menghapuskan pekerjaan domestik melalui proses industri. Oleh hal demikian, wanita mampu menanggung beban yang seimbang dalam melibatkan diri pada ruang kekeluargaan iaitu yang bertugas untuk mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan institusi rumah tangga secara terurus.
Feminisme Sosialis
Aliran Feminisme Sosialis dapat dilihat melalui teori dan pemahaman dalam teori Marxis atau materialist determinism. Dimana budaya dan masyarakat itu adalah asas kepada bentuk material dan ekonomi. Feminisme Sosialis adalah satu gerakan dalam membebaskan kaum wanita melalui perubahan dalam struktur patriarkat. (Adersen, 1983) mengatakan bahawa Feminisme Sosialis sebagai “The socialist feminist perspective important begins with the point that, although economic class relations are important in determining women’s status, gender relations may be equally. Socialist Feminist would then argue that class and gender relations intersect in advanced capitalist society”. Aliran ini yang dikatakan hampir sama dengan aliran Feminisme Marxis menekankan secara mendalam mengenai hak wanita itu agar mereka sedar bahawa mereka adalah kelas yang dirugikan dari aspek penyumbangan dan keadilan.
Feminisme Liberal
Gerakan Feminisme Liberal adalah berlandaskan corak liberalism iaitu segala matlamat kehidupan adalah berdasarkan material, kebebasan individu, dan menekankan hak itu melalui undang-undang dan hak asasi manusia. Sebagai contoh, perjuangan dalam menuntut hak pribadi wanita itu telah disuarakan melalui The Liberal National Organization of Women (NOW). Organisasi ini menggunakan pendekatan yang terdekat iaitu mendekati struktur kepentingan dalam menegakkan agenda perjuangan mereka. Antara perjuangan NOW adalah menghapuskan salah guna hak dalam aspek seksualiti dalam Equal Right Amendment (ERA). Aliran ini memperlihatkan kekuatan wanita ini melalui hak yang lebih bebas atau bersifat individual. Dimana wanita itu menuntut hak agar bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan dan kepuasan diri tanpa dihalangi oleh sebarang bentuk.Aliran ini berjuang untuk kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita dan kebebasan dalam semua bidang sosial iaitu pengecualian dan bukan berada dibawah atau perwakilan organisasi yang berbeza, menuntut hak sama rata dalam tentera iaitu tindakan melindungi wanita dari pertempuran sebagai satu cara untuk menjaga mereka dari kuasa.
Sejarah Feminisme Muslim
Dalam peradaban Islam, feminisme muncul pada akhir kurun ke-19 di Mesir, Syria, Turki dan negara Islam yang lain. Pada abad ini, perbincangan tentang hak-hak wanita dilakukan secara terbuka oleh tokoh-tokoh intelektual muslim. Menurut sebuah artikel yang ditulis oleh Amin Fadillah, terdapat dua golongan yang menjadi tunjang mengenai penubuhan wacana ini (feminisme) iaitu golongan konservatif dan moderat. Golongan konservatif memperjuangkan hak-hak wanita dengan merujuk terus kepada nas-nas Al-Quran, Sunnah Nabi dan pendapat daripada para ulama’. Mereka menolak nilai-nilai yang dipupuk dalam gerakan wanita barat yang menuntut hak sama rata dengan lelaki. Bagi mereka, apa yang diperjuangkan oleh wanita barat itu secara jelasnya menyimpang dari fitrah manusia kerana secara zahir dan batinnya, lelaki dan wanita berbeza dari sudut keupayaannya. Manakala, golongan moderat pula sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh gerakan wanita daripada barat. Tetapi, mereka masih lagi berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai landasan kepada gerakan mereka. Mereka hanya melihat perbezaan antara lelaki dan wanita ini hanya dari sudut biologi sahaja tanpa mengelirukan pemikiran dari sudut yang menyalahi hukum alam. Manakala merujuk dalam konteks post-modernism, pada tahun 1990-an, gerakan Feminisme Barat telah mempengaruhi beberapa sarjana Islam sehinggalah munculnya gerakan Feminisme Muslim. Menurut (Azza M. Karam, 1998) mendefinisikan gerakan Feminsime Muslim itu adalah “a one who adopts a worldview in which Islam can be contextualized and reinterpreted in order to promote concepts of equity and equality between men and women and for whom freedom of choice plays an important part in expression of faith”. Pengaruh gerakan Feminisme Muslim ini terus dilanjutkan kesinambungannya melalui beberapa institusi kajian seperti Femina Institute (Indonesia), Sister in Islam (SIS), Musawwa (Malaysia) dan sebagainya.
Antara gerakan feminisme yang paling menonjol di Malaysia adalah Sisters in Islam (SIS). Gerakan yang pernah dikepalai oleh Zainah Anwar ini secara terang-terangan mempersendakan hukum-hukum Allah tentang hak antara lelaki dan perempuan. Gerakan ini menuntut hak-hak yang tidak masuk akal seperti hak berpoligami, harta pusaka dan sebagainya. Gerakan ini menanamkan semangat dan perasaan bahawa wanita mampu hidup sendirian tanpa lelaki sehingga timbul golongan wanita yang menolak perkahwinan. Alangkah ruginya wanita yang menidakkan perkahwinan dalam hidup. Sikap ini bertentangan dengan kehendak Islam yang menggalakkan perkahwinan malahan berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Golongan wanita yang tidak berkahwin, (bukannya wanita yang tidak menemui jodoh mereka), tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama. Amat mudah bagi wanita mendapat maqam solehah dan ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendaki”
SIS memasukkan doktrin yang berbahaya dalam hati wanita Islam dengan mengatakan bahawa kaum wanita ditindas sejak dahulu lagi dalam Islam dan diinjak-injak dalam sistem pusaka atau pembahagian harta kerana lelaki mendapat bahagian yang lebih daripada wanita. Selain itu, mereka menuntut hak mentafsir ayat-ayat suci Al-Quran diberikan kepada wanita kerana pada pandangan mereka, diskriminasi terhadap wanita berpunca daripada hak mentafsir Al-Quran hanya diberikan kepada lelaki. Bukankah ini satu kebodohan? Cuba lihat betapa adil dan sempurnanya hukum yang Allah tetapkan untuk lelaki dan wanita. Telah terjadi dialog antara Asma’ binti Sakan dengan Rasulullah SAW. Asma’ merasakan ketidakadilan antara hak lelaki dan wanita dalam Islam. Asma' berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah Engkau diutus oleh Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita. Mengapa sejumlah syariat lebih berpihak kepada kaum lelaki? Mereka diwajibkan jihad, kami tidak. Malah, kami mengurus harta dan anak mereka di kala mereka sedang berjihad. Mereka diwajibkan melaksanakan solat Jum'at, kami tidak. Mereka diperintahkan menghantar jenazah, sedangkan kami tidak." Rasulullah saw. terpegun atas pertanyaan wanita ini sambil berkata kepada para sahabatnya, "Perhatikan! betapa bagusnya pertanyaan wanita ini." Beliau melanjutkan, "Wahai Asma! sampaikan jawapan kami kepada seluruh wanita di belakangmu, iaitu apabila kalian bertanggung jawab dalam berumah tangga dan taat kepada suami, kalian dapatkan semua pahala kaum lelaki itu." (Diterjemahkan, HR Ibnu Abdil Bar).
Roth, H. L. 2012. The Natives of Sarawak and British North Borneo. (Volume II).
Bayly, C. and Harper, T. 2004. Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945. United Kingdom:
Penguins Books
Ember, C. R. and Ember, M. 2003. Encyclopedia of Sex and Gender: Men and Women in the World’s
Cultures. New York: Kluwer Academic.
Bales, K. 2005. Understanding Global Slavery: A Reader. London: University of California Press.
Brooks, R. L. 1999. The Controversy Over Apologies and Reparations for Human Injustice: When Sorry Isn’t Enough. New York: University Press.
Staal, J. 1925. The Dusun of North Borneo: Their Social Life. Anthropos. Anthropos Insitute.
Web
Feminisme di Sabah.
Perkembangan isu wanita dan tuntutan kesamaan hak mula menjelma hanya selepas kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957. Zaman pra-kemerdekaan melihat penglibatan wanita dan lelaki secara bersama dalam usaha mengusir keluar penjajah British. Waktu ketika itu isu wanita yang diketengahkan hanya berhubung pendidikan khususnya bagi kanak-kanak perempuan yang buta huruf. Menurut sumber Malaysian Women in Development, Kuala Lumpur (HAWA) pada tahun 1995 menyatakan perwakilan wanita dalam arena politik pada mulanya sangatlah rendah; daripada 1% yang mewakil di parlimen (1950-an), kepada 5.2% pada tahun 1980-an, dan 7.8% pada tahun 1990-an.
Di Sabah, gerakan feminisme juga berlaku. Gerakan feminisme di Sabah bermula dengan tertubuhnya Sabah Women’s Action-(SAWO). Kumpulan ini di tubuhkan di sebabkan kesedaran tentang keganasan yang semakin meningkat dan ketidakadilan terhadap wanita dan kanak-kanak dalam masyarakat. Sawo juga ada berkerjasama dengan Kumpulan-kumpulan wanita dan NGO di seluruh Negara. Gabungan kumpulan-kumpulan wanita dan NGO ini di kenali sebagai “ Join Action Group for Gender Equality “ (JAG).
Usaha untuk memartabatkan wanita diteruskan dengan kempen-kempen secara berterusan untuk menarik perhatian pelbagaian pihak bagi melaksanakan resolusi yang di cadangkan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya termasuklah menggerakkan kumpulan-kumpulan wanita lain di negeri ini bagi bekerjasama dalam menjayakan aktiviti seperti ceramah di sekolah-sekolah, latihan bersama kaunselor sukarelawan dan kaunseling.
SAWO juga menyedari keperluan untuk melakukan aktiviti di kawsan-kawasan lain bagi mencapai visinya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan miskin di layan sama rata. SAWO juga mengenengahkan isu-isu mengenai pengguna dan alam sekitar. Namun, SAWO juga dilihat lebih memberi fokus kepada wanita di semua peringkat pembangunan di Sabah. Kini, matlamat SAWO adalah untuk menekan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar persekutuan seperti yang termaktub dalam Dasar wanita Negara. Namun, pada masa yang sama, SAWO juga cuba menambah keahlian dan pengaruhnya melalui aktiviti latihan dan kepimpinan dan kesedaran mengenai isu-isu jantina dan kewanitaan.


